Isnin, 29 Oktober 2012

Info Pondok


PENGAJIAN YG DISEDIAKAN MADRASAH (PONDOK) :-
1) Pengajian secara Halaqah.
        1.1) Ibtidai.( Rendah )
        1.2) Mutawasit. ( Menengah )
2) Menggunakan kitab- kitab Turath (kitab tua) Arab dan Jawi.
        2.1) Asas ( Tauhid, Fekah dan Tasawuf )
        2.2) Alat ( Nahu, Soraf dan Lain-lain lagi )
3) Hari pengajian:
        3.1) Sabtu  hingga Khamis. 
        3.2) Jumaat dan hari kebesaran Islam (cuti).
        3.3) Cuti tahunan bulan jun (2 minggu) dan Disember (sebulan) .
4) Jadual pengajian bermula dari ;
        4.1) Selepas solat subuh >  pengajian al-Quran.
        4.2) Waktu dhuha >  pengajian kitab.
        4.3) Selepas zohor >  pengajian kitab.
        4.4) Selepas solat maghrib >  pengajian kitab.
        4.5) Selepas Solat isyak >  menghafaz surah-surah penting.

Senarai Kos Pengajian Al-Madrasah at-Turathiah Al-Islamiyyah
1) Pendaftaran                        RM 200
2) Yuran Pondok (Tahunan)    RM 330
3) Kesihatan (Tahunan)          RM   50
4) Derma (Tahunan)               RM   50
    Jumlah:                               RM 630
5) Makan (Bulanan)                RM 190 
    Jumlah:                               RM 820

Selasa, 11 September 2012

BLOK ASRAMA SEDANG DALAM PEMBINAAN

Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebuah blok asrama di Pondok Turas yang sedang dalam pembinaan. Kerja-kerja pembinaan masih aktif walaupun agak perlahan. Kepada sesiapa yang ingin membantu mempercepatkan penyiapan pembinaan asrama dan surau, amatlah di alu-alukan. Semua sumbangan boleh disumbangkan melalui akaun seperti di atas ataupun boleh datang sendiri melawat tapak Pondok Turas di Kampung Paya Nedam, Pendang, Kedah Darul Aman.
 



Rabu, 18 April 2012

Pembinaan Surau

Madrasah Turathiah kini sedang dalam bembinaan surau,asrama,kantin,kolah dan bilik air,
yang menelan belanja RM 334,000.00.
Kami amatlah memerlukan sumbangan dan sokongan dari pihak anda.sebarang maklumat berkaitan boleh hubungi ust Rozaidi Baharom 0194142196 @ terus bankin CIMB ISLAMIK 0715-0011692-20-7 Rozaidi/Siti@cek atas nama : Rozaidi bin Baharom, hantar kepada Almadrasah Turathiah Alislamiah,No 30B Kg Paya Nedam,Seberang Pondok  Gajah Mati 06700 Pendang Kedah.
InsyaAllah akan di buka 2013.

Perkembangan pembinaan surau dan blok asrama